Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13439
Title: Sokongan Sosial Sebagai Moderator Dalam Hubungan Antara Keseimbangan Kerja-Keluarga Dengan Kepuasan Kerja Dan Keluarga Dalam Kalangan Pekerja Sektor Swasta Di Terengganu
Authors: Nurul Habibatunn Binti Jamaludin
Keywords: Nurul Habibatunn Binti Jamaludin
HF 5549.5 .J63 N8 2017
Issue Date: Sep-2017
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua aspek keseimbangan kerja-keluarga, iaitu konflik kerja-keluarga dan pengayaan kerja-keluarga yang meramal kesejahteraan pekerja. Kajian ini juga mengkaji peranan sokongan sosial sebagai moderator dalam hubungan antara keseimbangan kerja-keluarga dengan kepuasan kerja dan keluarga. Seramai 260 orang pekerja sektor swasta di Terengganu yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak. Dapatan kajian melaporkan konflik kerja-keluarga dan pengayaan kerja-keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja dan keluarga. Analisis regresi menunjukkan pengayaan kerja-keluarga merupakan faktor peramal kepuasan kerja, manakala konflik keluarga-kerja pula sebagai peramal kepada kepuasan keluarga. Walau bagaimanapun, dapatan tidak menyokong peranan sokongan sosial dalam hubungan antara konflik kerja-keluarga dan pengayaan kerja-keluarga dengan kepuasan kerja dan keluarga. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa organisasi perlu menitikberatkan strategi pembangunan dan pelaksanaan yang berkesan bagi keseimbangan kerja-keluarga dalam meningkatkan kepuasan kerja dan keluarga dalam kalangan pekerja.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13439
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HF 5549.5 .J63 N8 2017 Abstract.pdf203.41 kBAdobe PDFView/Open
HF 5549.5 .J63 N8 2017 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.62 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated