Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13375
Title: Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik
Authors: Adnan Abdul Rashid
Keywords: Adnan Abdul Rashid
LB 1060 .A3 2014
Issue Date: 2014
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan di antara gaya pembelajaran model Honey dan Mumford (1992) dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Selain daripada itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diberi keutamaan oleh pelajar di samping mengetahui perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar aliran sains dengan aliran kemanusiaan, gaya pembelajaran mengikut jantina dan tempat tinggal serta hubungan pencapaian GPA bagi lima subjek teras dengan faktor demografi. Kajian ini melibatkan 256 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam daripada 12 buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi soalan berkaitan demografik dan 80 item daripada soal selidik Gaya Pembelajaran Honey and Mumford (1992). Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Nilai Alpha Cronbach bagi item soal selidik ialah 0.953. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Ujian-t sampel bebas digunakan untuk mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran dengan pemboleh ubah yang telah ditetapkan manakala ujian Regresi Pelbagai digunakan untuk mengenalpasti sumbangan gaya pembelajaran terhadap lima mata pelajaran teras. Hasil kajian mendapati gaya pembelajaran yang menjadi amalan pelajar ialah Reflektor diikuti oleh Teoris, Pragmatis dan akhir sekali Aktivis. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan tidak ada hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik kecuali hubungan yang lemah dengan gaya pembelajaran Reflektor (r=0.36, p=0.00). Keputusan ujian t juga menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan di antara gaya belajar dengan faktor tempat tinggal. Bagi faktor jantina, terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran Reflektor dan Teoris, manakala bagi faktor aliran, terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran Teoris. Dapatan ujian Regresi Pelbagai juga menunjukkan gaya pembelajaran tidak memberi sumbangan yang besar terhadap pencapaian GPA bagi mata pelajaran teras (hanya sedikit sumbangan oleh gaya pembelajaran teoris dan reflektor terhadap pencapaian bahasa Ingeris dan Matematik). Implikasi daripada kajian ini menunjukkan gaya pembelajaran model Honey dan Mumford (1992) bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13375
Appears in Collections:Pusat Pengajian Asas dan Liberal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LB 1060 .A3 2014 Abstract.pdf141.31 kBAdobe PDFView/Open
LB 1060 .A3 2014 Full Text.pdf
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated