Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11163
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorTajuddin Mustafa-
dc.date.accessioned2019-01-01T08:08:07Z-
dc.date.available2019-01-01T08:08:07Z-
dc.date.issued2011-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11163-
dc.description.abstractNasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Di Malaysia, permintaan terhadap beras perkapita adalah sebanyak 118 kilogram setahun yang merangkumi 44% daripada jumlah pengambilan kalori. Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar yang perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan pada tahun 2003 berbanding dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta tan setahun untuk 27 juta penduduk yang dijangka pada tahun 2010. Jika pengeluaran beras Negara tidak dapat ditingkatkan, negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk keperluan penduduknya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sumber data sekunder sepenuhnya dimana ia diperoleh dari lnstitut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Data yang digunakan adalah data siri masa iaitu dari tahun 1970 sehingga 2007. Kajian ini akan mengkaji dan menganalisis kesan pembolehubah bebas yang terdiri daripada KDNK, Jumlah Populasi dan Harga Beras terhadap Kuantiti Permintaan Beras di Malaysia dan pembolehubah bebas Jumlah Permintaan Beras, Luas Kawasan Tanaman Padi serta Harga Gandum terhadap Kuantiti Penawaran Beras di Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model penganggaran Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan Error Correction Model (ECM). Hasil keputusan kajian yang dijalankan dengan menggunakan model penganggaran ARDL- ECM mendapati bahawa terdapat jurang perbezaan yang ketara terhadap kelajuan penyelarasan jangka masa pendek bagi fungsi permintaan beras dan fungsi penawaran beras. Perbezaan yang ketara iaitu sebanyak 41 % berdasarkan keputusan kajian dengan menggunakan model penganggaran ARDL - ECM menunjukkan bahawa kuantiti beras yang ditawarkan tidak mampu untuk menampung permintaan terhadap beras jika sesuatu kemungkinan yang tidak diingini berlaku dalam jangka masa pendek.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectPermintaan Berasen_US
dc.subjectPenawaran Berasen_US
dc.subjectKDNKen_US
dc.subjectHarga Berasen_US
dc.subjectPopulasien_US
dc.subjectLuasen_US
dc.subjectHarga Gandumen_US
dc.subjectARDL- ECMen_US
dc.titleEkonomi pengeluaran beras dan kecukupan diri di Malaysia (ARDL-ECM)en_US
dc.typeWorking Paperen_US
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 53 FPE 1 2011 Abstract.pdf436.58 kBAdobe PDFView/Open
LP 53 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
3.61 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated