Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11163
Title: Ekonomi pengeluaran beras dan kecukupan diri di Malaysia (ARDL-ECM)
Authors: Tajuddin Mustafa
Keywords: Permintaan Beras
Penawaran Beras
KDNK
Harga Beras
Populasi
Luas
Harga Gandum
ARDL- ECM
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Di Malaysia, permintaan terhadap beras perkapita adalah sebanyak 118 kilogram setahun yang merangkumi 44% daripada jumlah pengambilan kalori. Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar yang perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan pada tahun 2003 berbanding dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta tan setahun untuk 27 juta penduduk yang dijangka pada tahun 2010. Jika pengeluaran beras Negara tidak dapat ditingkatkan, negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk keperluan penduduknya. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sumber data sekunder sepenuhnya dimana ia diperoleh dari lnstitut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Data yang digunakan adalah data siri masa iaitu dari tahun 1970 sehingga 2007. Kajian ini akan mengkaji dan menganalisis kesan pembolehubah bebas yang terdiri daripada KDNK, Jumlah Populasi dan Harga Beras terhadap Kuantiti Permintaan Beras di Malaysia dan pembolehubah bebas Jumlah Permintaan Beras, Luas Kawasan Tanaman Padi serta Harga Gandum terhadap Kuantiti Penawaran Beras di Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model penganggaran Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan Error Correction Model (ECM). Hasil keputusan kajian yang dijalankan dengan menggunakan model penganggaran ARDL- ECM mendapati bahawa terdapat jurang perbezaan yang ketara terhadap kelajuan penyelarasan jangka masa pendek bagi fungsi permintaan beras dan fungsi penawaran beras. Perbezaan yang ketara iaitu sebanyak 41 % berdasarkan keputusan kajian dengan menggunakan model penganggaran ARDL - ECM menunjukkan bahawa kuantiti beras yang ditawarkan tidak mampu untuk menampung permintaan terhadap beras jika sesuatu kemungkinan yang tidak diingini berlaku dalam jangka masa pendek.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11163
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 53 FPE 1 2011 Abstract.pdf436.58 kBAdobe PDFView/Open
LP 53 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
3.61 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated