Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11159
Title: Kecekapan pengurusan zakat di negeri Johor
Authors: Siti Fauziah Musa
Keywords: Zakat
DEA
Kecekapan
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Zakat merupakan satu kewajipan bagi membantu dan meringankan beban umat Islam disamping mengurangkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin. Jumlah kutipan dan agihan menunjukkan kadar peningkatan yang memberangsangkan dari setahun ke setahun seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kesedaran dikalangan pembayar dan kewujudan organisasi pengurusan zakat yang lebih tersusun. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba melihat kecekapan pengurusan zakat bagi setiap daerah di negeri Johor menggunakan data bulan bagi tahun 2010 yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Bagi membuktikna objektif yang dirangka, pengkaji akan menggunakan kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) menggunakan model BCC dan model CCR bagi mengukur tahap kecekapan berdasarkan kecekapan teknikal semulajadi dan jumlah kecekapan teknikal. Dapatan kajian menunjukkan hampir setiap daerah di Negeri Johor mencapai tahap kecekapan dimana nilai kecekapan yang diperoleh melebihi 0.5 kecuali bagi daerah Kulaijaya dan daerah Ledang. Bagi mengatasi masalah ketidakcekapan pengurusan zakat yang wujud, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini seperti melaporkan segala hasil kutipan dan agihan, meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberikan latihan kepada kakitangan dan sebagainya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11159
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 49 FPE 1 2011 Abstract.pdf509.23 kBAdobe PDFView/Open
LP 49 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
4.58 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated