Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11155
Title: | Faktor penentu Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia |
Authors: | Syed Azman Syed Ali |
Issue Date: | 2012 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Keluaran Oalam Negara Kasar merupakan ukuran untuk menentukan pendapatan negara yang mana digunakan untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Terdapat banyak faktor yang menentukan Keluaran Dalam Negara Kasar antaranya ialah petroleum dan gas asli yang mana kedUcH!ua faktor ini telah dipilih di dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan petroieum dan gas asli ke atas Keluaran Oalam Negara Kasar. Satu model dibentuk berasaskan dari tahun 1973 sehingga 2009, kajian ini mendapati petroleum lebih banyak memberi sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar, di mana peningkatan satu peratus di dalam petroleum akan meningkatkan 0.64885 peratus dalam Keluaran Oalam Negara Kasar. Hasil kajian ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengeluaran petroleum lebih banyak menyumbang terhadap Keluaran Oalam Negara Kasar berbanding pengeluaran gas asli. Keputusan kajian ini juga seiring dengan penemuan kajian terdahulu, di mana kebanyakan negara pengeluar petroleum dan gas asli mendapati pengeluaran petroleum lebih banyak menyumbang terhadap Keluaran Oalam Negara Kasar. Justeru, kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang ke arah keberuntungan pelaburan ekonomi di Malaysia serta keperluan pelaburan pengeluaran petroleum sebagai instrumen pembangunan ekonomi di Malaysia. Oleh itu kerajaan seharusnya mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran petroleum. Antara cadangan yang boleh diberikan adalah pembukaan telaga minyak, menggunakan teknologi yang dapat mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dilombong, dan memberikan insentif kepada pencari gali atau pihak yang bekerjasama dengan pihak pencari gali. Adalah diharapkan bahawa dengan menggunakan cara ini pengeluaran petroleum dapat ditingkatkan seterusnya Keluaran Oalam Negara Kasar juga turut meningkat. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11155 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 66 FPE 1 2012 Abstract.pdf | 454.78 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 66 FPE 1 2012 Full Text.pdf Restricted Access | 2.68 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated