Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11149
Title: | Kemeruapan kehadiran pelancong Asean-3 : aplikasi model Arima |
Authors: | Nur Aisyah Yuliza |
Keywords: | Kemeruapan ARIMA |
Issue Date: | 2011 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Pelancongan merupakan salah satu faktor utama yang memberikan sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelancongan adalah sektor perkhidmatan yang berkembang cepat seiring dengan perkembangan ekonomi global serta menjadi sumber pendapatan utama negara. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk menganalisis pengaruh kemeruapan kehadiran pelancong ASEAN-3 ke Malaysia. Kajian ini menggunakan data bulanan sepanjang tempoh Januari 1995 hingga Mac 2009 dengan menggunakan pendekatan model ARIMA. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa terdapat trend bermusim dalam polarisasi kehadiran pelancong ASEAN-3 ke Malaysia. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat beberapa faktor yang berlaku sepanjang tempoh 1995 hingga 2009 yang mendorong tahap kemeruapan kehadiran pelancong, antaranya adalah kegawatan ekonomi rantau Asia dan pandemik SARS mempunyai kombinasi ARIMA yang stabil. Hal ini membuktikan pengaruh kemeruapan kehadiran pelancong mempunyai kesan langsung terhadap pola kehadiran pelancong ASEAN-3 ke Malaysia sepanjang tempoh kajian ini. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11149 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 35 FPE 1 2011 Abstract.pdf | 410.81 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 35 FPE 1 2011 Full text.pdf Restricted Access | 2.7 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated