Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11144
Title: Impak model pembangunan komuniti ke atas kemiskinan : kajian kes di Alor Setar, Kedah
Authors: Siti Khatijah Othman
Keywords: Model Pembangunan Komuniti
KEDA
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia turut tidak terlepas dari menghadapi masalah kemiskinan. Oleh sebab itu, setiap badan kerajaan atau badan bukan kerajaan haruslah memainkan peranan masing-masing dalam membasmi kemiskinan. Di Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah dipertanggungjawab oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam memperbaiki status sosio-ekonomi penduduk luar bandar terutamanya bagi golongan miskin. Antara pembangunan yang dilaksanakan termasuklah usaha-usaha pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, produktiviti dan kualiti hidup serta kemudahan asas. Terdapat enam program yang dijalankan oleh KEDA. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat dengan lebih dekat keberkesanan program kemiskinan yang dijalankan oleh pihak KEDA iaitu selaras dengan objektif kajian ini iaitu mengkaji keberkesanan model pembangunan komuniti di kawasan Alor Setar, Kedah. Kajian ini hanya memfokuskan kepada dua program sahaja iaitu Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Program Bantuan Rumah (PBR). Kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik yang diedar di sekitar kawasan Alor Setar. Borang soal selidik ini akan diisi oleh peserta-peserta yang telah mendapat bantuan PPP dan PBR. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan dianalisis menggunakan Perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS)
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11144
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 62 FPE 1 2012 Abstract.pdf390.26 kBAdobe PDFView/Open
LP 62 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.24 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated