Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11107
Title: Integrasi penawaran wang dan indeks harga pengguna : aplikasi model Engel-Granger
Authors: Mohd Hapiz Mohd Noor
Keywords: Indeks harga pengguna
Inflasi
Penawaran wang
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penawaran wang adalah antara isu yang hangat dibahaskan di padimen pada hari ini. Isu ini bukan sahaja menjadi topik para pembangkang, tetapi juga merangkumi ketidakpuasan hati rakyat Malaysia. Ramai yang beranggapan bahawa peningkatan penawaran wang yang dibuat oleh kerajaan adalah punca utama krisis ekonomi yang melanda negara kita saat ini. Oleh yang demikian, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kebenaran kenyataan tersebut. Kajian ini menguji kesan penawaran wang dan inflasi ke atas indeks harga pengguna dengan menggunakan data tahunan 1980-2008. Selain itu, kajian ini juga akan mengupas hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara penawaran wang dan kuasa beli pengguna di Malaysia dengan pendekatan Engel-Granger serta ko-integrasi Johansen. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah disemai lag menggunakan versi ECM yang diaplikasikan menggunakan pendekatan Walter Enders. Hasil daripada kajian ini, kami mendapati bahawa penawaran wang yang dibuat tidak mempunyai hubungan dengan indeks harga pengguna. Walaupun kerajaan meningkatkan penawaran wang dalam negara,ia tidak akan memberi kesan terhadap ekonomi dan indeks harga pengguna. Dalam pada itu, kami juga mendapati bahawa krisis ekonomi yang melanda negara ini adalah disebabkan oleh faktor lain seperti dasar keterbukaan Malaysia dalam perdagangan antara bangsa.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11107
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 28 FPE 1 2010 Abstract.pdf423.75 kBAdobe PDFView/Open
LP 28 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
1.86 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated