Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11104
Title: | Analisis produktiviti dan kecekapan program pengamalan sakinah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim |
Authors: | Siti Mariam Mohd Hassan |
Keywords: | Program Pengamalan Sakinah Analisis Penyimpulan Data kecekapan dan produktiviti |
Issue Date: | 2010 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia, pendidikan dan pengamalan agama diperlukan dalam proses pembangunan keluarga kerana dengan agama pemikiran menjadi tenang, hati merasa tenteram dan keluarga akan menjadi bahagia. Pendidikan agama amat penting dan wajar diberikan kepada selumh anggota keluarga dan masyarakat dalam usaha membentuk keperibadian sahsiah individu agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Tanpa pendidikan agama, akan rapuh institusi keluarga yang dibina, mewujudkan masalah sosial, kemntuhan akhlak dan masalah jenayah. Bagi merealisasikan hasrat membentuk sebuah institusi keluarga yang kukuh, maka Kerajaan Negeri Johor telah membentuk Yayasan Pembangunan Keluarga Dami Takzim untuk melaksanakan Modul Keluarga Sakinah bagi memastikan pembentukan masyarakat yang bermoral dan beretika selaras dengan sasaran Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi menganalisis tingkat produktiviti dan kecekapan Program Pengamalan Sakinah oleh Y ayasan Pembangunan Keluarga Dami Takzim. Pengkaji menggunakan Analisis Penyimpulan Data (DEA) bagi menilai tingkat produktiviti dan kecekapan Program Pengamalan Sakinah. Hasil kajian mendapati tingkat produktiviti pegawai penggerak menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun dan mencapai tahap kecekapan dalam perbelanjaan bagi pelaksanaan Program Pengamalan Sakinah. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11104 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 56 FPE 1 2010 Abstract.pdf | 498.46 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 56 FPE 1 2010 Full Text.pdf Restricted Access | 2.9 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated