Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10283
Title: | Kajian terhadap perubahan profil pantai dan ciri-ciri sedimen di sekitar muara Sungai Merang |
Authors: | Ahmad Azfar Mohamed |
Keywords: | LP 2 FMSM 2 2007 Ahmad Azfar Mohamed |
Issue Date: | 2007 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kajian perubahan ciri-ciri sedimen di sekitar Muara Sungai Merang telah dijalankan daripada bulan Ogos sehingga Disember 2006. Kajian ini dijalanjan bertujuan untuk mengetahui perbezaan bentuk profil pantai dan ciri-ciri sediment di kawasan kajian semasa musim monsoon. Selain itu, arah pergerakan NSD di sepanjang pantai merang juga cuba dikenalpasti berpandukan kepada cirri-ciri sedimen dan profil pantai yang diperolehi. Parameter yang diperolehi termasuk saiz butiran dan profil pantai. Kaedah Ayak Kering (Buchanant, 1984) telah digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri sedimen kawasan kajian. Bagi sedimen muara, nilai min adalah 1.29 phi; penyisihan 1.03 phi; kepencongan -0.22 phi dan kurtosis 3.40 phi. Bagi sedimen pantai, stesen barat, min 1.39 phi; penyisihan 0.68 phi; kepencongan -0.32 phi dan kurtosis 4.48 phi. Stesen timur, min butiran 1.86 phi; penyisihan 0.70 phi; kepencongan -0.96 phi dan kurtosis 4.87 phi. Kecerunan pantai,stesen 1, 9.16 darjah; 2, 7.83 darjah; 3, 9.15 darjah; 4, 9.54 darjah; 5, 5.72 darjah; 6, 7.25 darjah; 7, 9.93 darjah; 8, 16.8 darjah. Arab hanyutan pantai bersih bergerak dari stesen 8 ke arah muara dan dari muara ke arah stesen 1. Hakisan pantai berlaku di stesen 4 hingga 8, manakala timbunan berlaku stesen 1 hingga 3 ketika monsun Timur Laut. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10283 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 2 FMSM 2 2007 Abstract.pdf | 401.26 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 2 FMSM 2 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 7.3 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated