Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10199
Title: Faktor-faktor yang mempengaruhi guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kuari di Malaysia dari tahun 1970-2004
Authors: Lim Ching Giap
Keywords: LP 25 FPE 1 2010
Lim Ching Giap
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kertas kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kuari di Malaysia dari tahun 1970 hingga 2004 secara langsung atau tidak langsung. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kauri di Malaysia (EM) iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah penyertaan tenaga buruh (KP), populasi (POP) dan jumlah upah (UB). Daripada kajian ini, didapati Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan jumlah upah (UB) berhubungan positif dengan jumlah guna tenaga (EM). Manakala jumlah penyertaan tenaga buruh (KP) dan populasi (POP) berhubungan negatif dengan jumlah guna tenaga (EM). Pelbagai ujian telah dijalankan untuk menguji signifikan bagi penentu-penentu tertentu. Didapati kesemua penentu-penentu ini tidak mengalami masalah autokolerasi mahupun masalah muJtikolinearan dan nilai Durbin-Watson lebih kurang 1.98. Penentupenentu yang paling mempengaruhi jumlah guna tenaga dalam sektor perlombongan dan kuari di Malaysia ini dapat membantu pihak kerajaan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam guna tenaga dengan lebih efisian dan efektif. Data sepanjang 35 tahun yang bermula dari tahun 1970 sehingga tahun 2004 digunakan dalam kajian ini. Jangka masa ini dipilih kerana terdapat perubahan ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi yang pesat bermula dari tahun 1970 sehingga mengalami kemelesetan ekonomi di seluruh Asia pada tahun 1997 yang berturutan sehingga tahun 2000. Akhir sekali, kesimpulan keseluruhan serta cadangan-cadangan kepada penyelidikan masa depan dibuat bagi kajian ini.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10199
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 25 FPE 1 2010 Abstract.pdf439.71 kBAdobe PDFView/Open
LP 25 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.63 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated