Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Institutional Repository
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items
PSNZ IR Policies

Berikut adalah penerangan bagi polisi yang telah ditetapkan oleh PSNZ IR. Setiap bahan yang dimuatnaik hendaklah memenuhi polisi yang telah ditetapkan. Ketidakpatuhan kepada polisi ini akan menyebabkan bahan tidak akan dipaparkan.

1. Jenis Bahan

Kandungan bahan didalam PSNZ IR ini mestilah bersesuaian dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terutama sebagai rujukan didalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini didapati daripada pengkaji universiti, pensyarah, pelajar dan kakitangan bukan akademik. Jenis-jenis bahan adalah seperti berikut:

  1. Bahan daripada penerbitan universiti
  2. Laporan projek/teknikal
  3. Tesis dan disertasi
  4. Buku
  5. Nota kuliah dan persembahan
  6. Dataset

Bagi meningkatkan lagi jumlah koleksi didalam PSNZ IR ini, bahan-bahan arkib turut dimasukkan yang mana mempunyai nilai kepada universiti. Koleksi Arkib yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  1. Koleksi Keratan Akhbar
  2. File-file arkib
  3. Koleksi Gambar
  4. Laporan pentadbiran
  5. Laporan Tahunan
  6. Kompilasi data Universiti
  7. Minit/agenda Mesyuarat

Disamping itu juga, bahan yang dihasilkan oleh pengguna luar sekiranya mempunyai nilai rujukan pengajaran juga boleh diterima untuk dijadikan koleksi PSNZ IR. Bahan-bahan ini biasanya diminta, dipungut, diderma atau yang dikenal pasti oleh universiti, penyelidik, pensyarah, kakitangan dan pelajar untuk dijadikan sebagai koleksi. Namun begitu bahan tersebut bergantung kepada polisi perpustakaan

(Polisi dan Lesen muatnaik bahan)
.Contoh kandungan tersebut termasuk:

  1. Dataset
  2. Buku elektronik dan multimedia
  3. Bahan yang diterima daripada program/acara/bengkel/seminar/kursus/konferen
  4. Bahan penyelidikan dalam apa-apa format
  5. Dan apa-apa bahan yang dirasakan sesuai bagi rujukan pengajaran
2. Format

PSNZ IR menyokong lebih daripada 40 format bahan. Namun begitu sekiranya pengguna mempunyai bahan format yang lain yang tidak disediakan didalam sistem, penambahan format bahan boleh diminta dengan menghubung pihak pentadbir PSNZ IR

3. Saiz

Size bagi Setiap bahan yang dimuatnaik hendaklah dipastikan kurang atau tidak lebih daripada 1GB. Ini adalah kerana pihak perpustakaan mempunyai kapasiti storan yang agak terhad. Sekiranya pengguna ingin membuat permintaan untuk bahan yang mempunyai kapasiti size yang lebih besar boleh menghubungi pihak pentadbir PSNZ IR

4. Pemilikan/harta intelek

Pemilikkan penuh kepada bahan yang dimuatnaik didalam PSNZ IR ini adalah kepada pengarang kepada bahan tersebut. Namun begitu berdasarkan beberapa keadaan, Perpustakaan mempunyai kuasa keatas bahan yang dimuatnaik mengikut kepada polisi yang telah dipersetujui. (Polisi dan Lesen muatnaik bahan).



Polisi dan Lesen muatnaik bahan

Bahan yang akan dimuat naik hendaklah memenuhi Syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat tersebut adalah:-

  1. • Sebahagian atau keseluruhan Bahan mestilah ditaja oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT), penyelidik, kakitangan, atau pelajar.
  2. • Bahan hendaklah menyokong pengajaran dan pembelajaran Universiti dan memenuhi dasar koleksi kandungan
  3. • Bahan hendaklah didalam bentuk digital.
  4. • Bahan hendaklah lengkap dan bersedia untuk dibuat pengedaran dan pengarang/pemilik mestilah bersetuju untuk memuatnaik di dalam PSNZ IR
  5. • Bahan mestilah tidak mempunyai apa-apa maklumat sulit, maklumat hak milik orang lain dan bukan maklumat sebenar bahan
  6. • Bahan tiada sekatan daripada pusat pengajian dan dibenarkan untuk dimuatnaik didalam PSNZ IR
  7. • Maklumat bahan yang dimuatnaik mestilah tepat dan menggambarkan kandungan bahan tersebut
  8. • Pengarang/pemilik bahan mestilah bersedia mematuhi polisi muatnaik bahan yang ditetapkan
Polisi muatnaik bahan

Pengguna yang memuatnaik bahan didalam PSNZ IR mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat tersebut adalah:

  1. • Sebahagian atau keseluruhan Bahan mestilah ditaja oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT), penyelidik, kakitangan, atau pelajar.
  2. • Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) boleh mengubah bahan kepada mana-mana medium atau format, dan membuat salinan penyerahan, bagi tujuan keselamatan, back-up, dan pemeliharaan;
  3. • Hanya pengguna perpustakaan yang telah ditetapkan layak uintuk memuatnaik bahan didalam PSNZ IR
  4. • PSNZ boleh menghasilkan semula, menterjemah dan atau mengedarkan dan membuat penyerahan di seluruh dunia;
  5. • Pengguna yang memuatnaik bahan didalam PSNZ DR secara tidak langsung telah memberikan kebenaran untuk mengurus bahan tersebut berdasarkan kepada polisi perpustakaan yang telah ditetapkan;
  6. • Bahan tidak melanggar hak cipta orang lain;
  7. • Sekiranya anda bukan pemegang hakcipta bahan yang dimuatnaik , anda perlulah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pemilik sebenar bagi memberikan PSNZ hak-hak yang diperlukan bagi bahan tersebut;
  8. • Jika bahan atau hasil kerja yang dimuatnaik terikat dengan kontrak penajaan daripada agensi atau organisasi anda perlulah memastikan memenuhi syarat penajaan yang ditetapkan.

Bahan yang dimuatnaik akan dikekalkan hak cipta kepada pengarang/pemilik bahan tersebut. Perpustakaan akan memastikan nama sebagai pengarang atau pemilik dan tidak akan membuat apa-apa perubahan selain telah mendapat kebenaran daripada pengarang/pemilik asal bahan. Lihat teks lengkap dengan PSNZ DR Deposit Licenseuntuk maklumat lanjut.

Polisi akses

Peranan PSNZ adalah menyediakan akses yang stabil dalam tempoh jangka masa yang panjang kepada setiap kandungan digital didalam PSNZ DR ini. Kebiasaanya , bahan yang disimpan di dalam PSNZ DR akan diakses secara terbuka di seluruh dunia melalui Web.


Di bawah keadaan tertentu, sekatan atau sekatan sementara ke atas akses terbuka bagi beberapa jenis koleksi akan dikenakan bergantung kepada polisi perpustakaan. Lihat polisi akses mengikut kategori koleksi dan pengguna

Polisi penyingkiran bahan

Penyingkiran bahan boleh dilakukan daripada PSNZ DR sekiranya:-

  1. • Permintaan daripada pengarang/pemilik bahan tersebut.
  2. • Terikat dengan perintah undang-undang.
  3. • Melanggar dasar dan polisi perpustakaan.

Permintaan untuk mengeluarkan bahan haruslah dimaklumkan kepada Pentadbir PSNZ DR dengan menyertakan sebab-sebab untuk penyingkiran.

Polisi perubahan maklumat bahan

Bahan yang dimuatnaik tidak akan dibuat perubahan maklumat keatasnya. Namun begitu sekiranya bahan didadpati terdapat dari segi kesalahan maklumat, pihak perpustakaan mempunyai kuasa untuk memperbetulkan kesalahan tersebut.

Sekiranya pemuatnaik bahan ingin membuat kemaskini maklumat bahan, perlulah berhubung dengan pihak pentadbir PSNZ DR dan memberikan penjelasan supaya sebarang perubahan haruslah betul dan tepat dengan bahan yang dimuatnaik.

Polisi kerahsiaan

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah sentiasa komited didalam menjamin privasi bahan yang dimuatnaik. Setiap kerahsiaan bahan akan dijaga berdasarkan kepada polisi perpustakaan.

Polisi pemuliharaan bahan

Bagi menampung bahan didalam PSNZ DR, pihak perpustakaan telah menyediakan satu storan bagi tujuan pemeliharaan bahan didalam bentuk digital. Bahan-bahan ini akan dibuat salinan dan disimpan didalam format TIF bagi tujuan sokongan sekiranya terdapat permasalahan pada masa akan datang.

Cadangan format bahan diberikan bagi memberikan petunjuk kepada pengguna yang memuatnaik bahan

Bagi memudahkan lagi pihak perpustakaan, setiap bahan yang dihantar ke perpustakaan perlulah didalam bentuk format digital supaya melancarkan lagi kerja-kerja pemuliharaan bahan.



Search

Browse

My Account