Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Institutional Repository
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items
Frequently Asked Question (FAQ)

1. Bagaimana untuk mendaftar dengan PSNZ DR?

Hanya pengguna luar sahaja perlu membuat pendaftaran. Anda perlu klik kepada butang “Login” dan pilih “visitor”. Masukkan email dan satu “link” akan dihantar terus kepada email anda untuk proses pendaftaran seterusnya. Klik pada “link” yang disediakan serta lengkakapkan borang pada paparan.


2. Bolehkan saya muatnaik bahan didalam PSNZ DR?

Hanya pengguna yang telah ditetapkan sahaja layak untuk memautnaik bahan didalam PSNZ DR. kelayakkan adalah bergantung kepada pihak pengurusan perpustakaan.


3. Kenapa perlu muatnaik bahan didalam PSNZ DR?
  • Keboleh capaian : Setiap bahan yang dimuatnaik akan dapat dicapai secara terbuka dan menjadi sumber rujukan bagi setiap pengguna perpustakaan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa koleksi yang memerlukan kebenaran admin untuk capaian kepada bahan tersebut.
  • Pautan yang berterusan : Setiap bahan yang dimuatnaik akan disediakan satu pautan yang mana pautan tersebut akan digunakan bagi tujuan hebahan dan perkongsian maklumat antara universiti, organisasi dan persendirian.
  • Pemuliharaan : Bahan yang dimuatnaik didalam PSNZ DR ini akan dipelihara dan disimpan di dalam storan perpustakaan bagi tujuan pemuliharaan. Setiap bahan ini akan dibuat salinan bagi menghadapi sebarang kemungkinan kepada sistem perpustakaan. Salinan yang disimpan adalah berbentuk format TIF bersesuaian dengan piawaian perpustakaan digital
  • Komprehensif : Sistem yang digunakan untuk membangunkan PSNZ DR ini dapat menyokong pelbagai format bahan. Ini memberi peluang kepada pengguna perpustakaan untuk memuatnaik bukan hanya dokumen tetapi termasuk video, audio, gambar dan lain-lain format bahan.
  • Konteks institusi : PSNZ DR adalah merupakan satu medium yang terbaik kepada pengkaji, pensyarah, kakitangan dan pelajar sebagai sumber rujukan. Setiap bahan yang terdapat didalam PSNZ DR ini dapat diakses dimana sahaja dan bila-bila masa.
4. Bagaimana muatnaik bahan didalam PSNZ DR

Tidak. Segala bahan yang yang dikategori sebagai sulit adalah dilarang untuk dimuatnaik. Setiap bahan akan ditapis dahulu sebelum dibuka akses kepada pengguna. Hanya bahan yang menyokong kepada pengajaran dan pembelajaran universiti sahaja yang dibenarkan untuk dimuatnaik

  • - Log in masuk ke akaun PSNZ DR anda.
  • - Pilih " Submission"
  • - Pilih “start a new submission”
  • - Pilih koleksi bahan yang mana anda ingin muatnaik. Senarai koleksi yang anda dapat lihat adalah bergantung kepada kelayakan pemuatnaik bahan.
  • - Lengkapkan borang yang disediakan. Kebolehcapaian bahan bergantung kepada maklumat yang diisi.
  • - Memuatnaik fail anda dan berikan huraian sekiranya perlu.
  • - Membuat tambahan fail sekiranya bahan lebih daripada satu fail.
  • - Klik butang “Next” dan Sila semak huraian maklumat bahan yang diberi. Kemaskini maklumat sekiranya perlu
  • - Klik "Next" sekiranya tiada perubahan maklumat.
  • - Anda perlu bersetuju dengan polisi muatnaik bahan yang dipaparkan bagi melengkapkan proses.
  • - Bahan akan dihantar kepada editor untuk proses semakan dan kelulusan. Anda akan menerima satu mesej makluman melalui email yang menjelaskan bagaimana untuk mengakses dan merujuk kepada bahan yang anda muatnaik.

5. Bolehkah saya muatnaik maklumat sulit?

Tidak. Segala bahan yang yang dikategori sebagai sulit adalah dilarang untuk dimuatnaik. Setiap bahan akan ditapis dahulu sebelum dibuka akses kepada pengguna. Hanya bahan yang menyokong kepada pengajaran dan pembelajaran universiti sahaja yang dibenarkan untuk dimuatnaik

6. Bagaimana saya ingin membuat pencarian bahan didalam PSNZ DR?

Pencarian bahan dapat dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya adalah dengan pencarian menggunakan tajuk, nama pengarang, tarikh bahan, subjek dan juga jenis bahan tersebut.


7. Bagaimana untuk membuat permintaan bahan kepada bahan yang tidak dapat diakses?

Permintaan bahan dapat dibuat dengan klik pada bahan yang tidak dapat diakses. Satu borang akan dipaparkan. Sekiranya anda ingin membuat permohonan sila lengkapkan borang tersebut. Kelulusan adalah bergantung kepada pengurusan perpustakaan.



Search

Browse

My Account