Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Institutional Repository
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items
Pengenalan PSNZ IR

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Digital Repositori (PSNZ IR)dibangunkan bertujuan untuk menyediakan satu perkhidmatan rangkaian akses kepada pelbagai koleksi digital yang mempunyai nilai penting kepada universiti.

PSNZ berusaha memperoleh, menghimpun, menyimpan, memulihara dan menyebarkan maklumat kepada pengguna dengan lebih cepat dan berkesan. Setiap bahan yang diperolehi akan diindeks dengan teliti bagi tujuan memudahkan bahan dicapai secara atas talian.


Objektif utama PSNZ IR adalah:

  1. • Menyediakan satu sistem yang lebih sistematik bagi mengurus bahan berbentuk digital
  2. • Menyebarkan bahan yang diterbitkan oleh universiti kepada komuniti dalaman
  3. • Meningkatkan kebolehcapaian bahan
  4. • Memastikan bahan dipelihara dan diakses secara atas talian
Kelebihan muatnaik bahan didalam PSNZ IR

Keboleh capaian

Setiap bahan yang dimuatnaik akan dapat dicapai secara terbuka dan menjadi sumber rujukan bagi setiap pengguna perpustakaan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa koleksi yang memerlukan kebenaran admin untuk capaian kepada bahan tersebut.

Pautan yang berterusan

Setiap bahan yang dimuatnaik akan disediakan satu pautan yang mana pautan tersebut akan digunakan bagi tujuan hebahan dan perkongsian maklumat antara universiti, organisasi dan persendirian.

Pemuliharaan

Bahan yang dimuatnaik didalam PSNZ IR ini akan dipelihara dan disimpan di dalam storan perpustakaan bagi tujuan pemuliharaan. Setiap bahan ini akan dibuat salinan bagi menghadapi sebarang kemungkinan kepada sistem perpustakaan.

Salinan yang disimpan adalah berbentuk format TIF bersesuaian dengan piawaian perpustakaan digital

Komprehensif

Sistem yang digunakan untuk membangunkan PSNZ IR ini dapat menyokong pelbagai format bahan. Ini memberi peluang kepada pengguna perpustakaan untuk memuatnaik bukan hanya dokumen tetapi termasuk video, audio, gambar dan lain-lain format bahan.

Konteks institusi

PSNZ IR adalah merupakan satu medium yang terbaik kepada pengkaji, pensyarah, kakitangan dan pelajar sebagai sumber rujukan. Setiap bahan yang terdapat didalam PSNZ IR ini dapat diakses dimana sahaja dan bila-bila masa.



Search

Browse

My Account