UMT-IR Home
View Item
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items

Penilaian pembangunan dan perlaksanaan tukun tiruan di Malaysia

Show full item record

Title: Penilaian pembangunan dan perlaksanaan tukun tiruan di Malaysia
Author: Ahmad Ali
Abstract: Tesis ini membentangkan keputusan kajian perlaksanaan tukun tiruan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) dan unjam-unjam oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Semenanjung Malaysia di antara tahun 1975-2010. Data primer diperolehi melalui temuduga bersemuka dan perbincangan menggunakan soal selidik berstruktur melibatkan individu-individu penting yang terlibat dalam merangka polisi dan melaksana program tukun di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji faedah sosio ekonomi program tukun tiruan ke atas kumpulan nelayan melibatkan 506 responden di lokasi 68 jeti utama di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pandangan, kesedaran dan persepsi mereka mengenai program tukun tiruan yang dijalankan pada masa dahulu dan sekarang. Keputusan kajian menunjukkan tukun tiruan menjadi semakin popular sebagai salah satu alat dalam meningkatkan sumber perikanan pantai, kaedah pemuliharaan dan juga meningkatkan tangkapan nelayan tradisi di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia dan LKIM ialah dua agensi utama yang aktif dalam program ini. Sebanyak 36% peruntukan disalurkan kepada JPM, 63% kepada LKIM dan sebanyak 1% kepada agensi-agensi lain.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/8388
Date: 2015


Files in this item

Files Size Format View
SH 157.85 .A7 A4 2015 Abstract.pdf 138.5Kb PDF View/Open
SH 157.85 .A7 A4 2015 Full Text.pdfBlocked 1.520Mb PDF View/Open

This item appears in the following Collection(s)

Show full item record

Search UMT-IR

Browse

My Account