UMT-IR Home
View Item
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items

Makrobentos dalam kolam akuakultur air payau di Tanjung Karang, Selangor

Show full item record

Title: Makrobentos dalam kolam akuakultur air payau di Tanjung Karang, Selangor
Author: Nurhuda Ibrahim
Abstract: Kajian ini mengenai komposisi dan kepadatan makrobentos di dalam kolam akuakultur udang harimau (Panaeus monodon) yang terletak di Tanjung Karang Selangor pada Jun 2002. Sampel sedimen diambil menggunakan grab Ekman, diawet bersama formalin 10% dan direplikasikan. Kajian menunjukkan kumpulan Arthropoda, Cnidaria dan Mollusca mendominasi kawasan ini. Kumpulan kecil yang lain termasuk Nematoda, Annelida, Chordata, Protozoa dan lain-lain. Jumlah min kepadatan makrobentos di kawasan kajian ialah berjulat di antara 679.17 hingga 5241.22 individu m-2 • Kolam temakan udang harimau menunjukkan kepadatan dan kepelbagaian makrobentos yang lebih tinggi berbanding kolam yang tiada temakan kultur. Saliniti, suhu ,pH dan oksigen terlarut dalam kawasan kajian tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P > 0.05) antara stesen. Jumlah bahan organik dalam sedimen adalah signifikan antara stesen pada P < 0.05 tetapi menunjukkan tiada kolerasi dengan kehadiran makrobentos dalam kawasan kajian
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6130
Date: 2003


Files in this item

Files Size Format View
LP 43 FASM 3 2003 Abstract.pdf 771.0Kb PDF View/Open
LP 43 FASM 3 2003 Full Text.pdfBlocked 3.331Mb PDF View/Open

This item appears in the following Collection(s)

Show full item record

Search UMT-IR

Browse

My Account