UMT-IR Home
View Item
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items

Tradisi dan perubahan dalam komuniti muara di kampung Pualu Sekati, Kuala Terengganu

Show full item record

Title: Tradisi dan perubahan dalam komuniti muara di kampung Pualu Sekati, Kuala Terengganu
Author: Siti Fairuz Mohd Yusof
Abstract: Komuniti yang bermastautin di muara sungai dikategorikan sebagai komuniti pinggir bandar yang kurang membangun dan ketinggalan dari arus perdana pembangunan. Senario ini terdapat di negeri Terengganu, khususnya di Pulau Sekati, tetapi tiada penjelasan mendalam mengenainya. Komuniti muara adalah sekumpulan manusia yang mendiami kawasan muara sungai serta menjalankan aktiviti nelayan tradisional sebagai sumber ekonomi. Kampung Pulau Sekati terletak di kawasan bandar Kuala Terengganu. Bagi meneliti dengan lebih mendalam permasalahan mengenai komuniti muara di kampung tersebut, tesis ini mempunyai empat objektif. Pertama, mengenal pasti sejarah dan profil demografi komuniti muara yang tinggal di Kampung Pulau Sekati. Kedua, mengenal pasti perubahan corak sosioekonomi komuniti muara Kampung Pulau Sekati, sama ada perubahan tersebut bersifat homogen atau heterogenous. Ketiga, ia menganalisis perubahan sosiobudaya komuniti muara di Kampung Pulau Sekati sama ada masih bersifat tradisional atau sudah mengalami perubahan. Keempat, ia menganalisis faktor dalaman dan faktor luaran yang menjadi penyumbang atau penghalang perubahan pembangunan 4 komuniti muara di Kampung Pulau Sekati. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah yang digunapakai adalah semi etnografi menggunakan borang soal selidik semistruktur. Kajian ini mendapati bahawa majoriti informan merupakan generasi ketiga dan tinggal menumpang di tanah kepunyaan orang lain di Kampung Pulau Sekati. Selain itu, dari aspek sosioekonomi antara generasi, kajian ini mendapati bahawa komuniti muara di kampung ini telah mengalami perubahan iaitu informan dan anak-anak mereka tidak mewarisi pekerjaan yang bersifat homogen dari datuk serta bapa mereka. Bagi aspek sosioekonomi segenerasi pula, didapati majoriti informan telah beralih kepada pekerjaan yang bersifat rencam di darat kerana mereka ingin memperolehi jumlah pendapatan yang tinggi dan tetap. Dalam aspek sosiobudaya, khususnya dalam konteks pendidikan, terdapat peningkatan mobiliti sosial yang positif. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa tiga faktor dalaman iaitu faktor isi hati informan, keluarga dan ahli komuniti muara merupakan faktor penyumbang penting kepada perubahan pembangunan komuniti muara di Kampung Pulau Sekati. Manakala, faktor luaran paling utama yang menjadi penghalang perubahan pembangunan di Kampung Pulau Sekati adalah faktor pemilik tanah.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/14253
Date: 2016-09


Files in this item

Files Size Format View
Abstract HN 49 .C6 S5 2016.pdf 156.4Kb PDF View/Open
Full Text HN 49 .C6 S5 2016.pdfBlocked 6.441Mb PDF View/Open

This item appears in the following Collection(s)

Show full item record

Search UMT-IR

Browse

My Account