UMT-IR Home
View Item
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items

Kesan Intervensi Program Berjalan Kaki Terhadap Motivasi Diri Dalam Aktiviti Fizikal

Show full item record

Title: Kesan Intervensi Program Berjalan Kaki Terhadap Motivasi Diri Dalam Aktiviti Fizikal
Author: Normar Binti Ali
Abstract: Kajian dijalankan bagi mengkaji kesan penetapan matlamat dan penggunaan pedometer bagi meningkatkan motivasi diri ke arah lakuan aktiviti fizikal melalui intervensi program berjalan kaki selama lapan minggu. Kajian eksperimen ini dijalankan dalam kalangan guru pelatih KPLI Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Seramai 50 orang responden terlibat secara sukarela dari pelbagai opsyen pengajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk faktorial campuran bukan rawak terhadap tiga kumpulan eksperimen iaitu Kumpulan Capai Matlamat, Kumpulan Tanpa Matlamat dan Kumpulan Kawalan. Pemilihan responden berdasarkan komitmen dalam aktiviti fizikal dan matlamat yang ingin dicapai. Kumpulan Capai Matlamat di berikan intervensi penetapan matlamat melalui program jalan kaki. Responden diberikan dua soal selidik iaitu i) Behavioral Regulation in Exercise Questionnaire-2 (BREQ-2) dan ii) Motives for Physical Activities Measure - Revised (MPAM-R) bagi mengukur penetapan matlamat dan motivasi ke arah lakuan aktiviti fizikal. Data akan di analisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Bagi menguji hipotesis nol, Ujian SPANOVA, MANOVA dan MANCOVA bagi pengukuran berulangan pada aras keertian p=<0.05. Dapatan kajian mendapati penetapan matlamat dan penggunaan pedometer mampu meningkatkan motivasi diri ke arah lakuan aktiviti fizikal melalui intervensi jalan kaki. Implikasi kajian menunjukkan penetapan matlamat dan intervensi melalui program berjalan kaki ternyata memberikan motivasi dalam meningkatkan aktiviti fizikal kepada kumpulan Capai Matlamat berbanding dengan yang tidak diberikan intervensi.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13560
Date: 2014-06


Files in this item

Files Size Format View
GV 461 . M4 N6 2014 Abstract.pdf 115.2Kb PDF View/Open
GV 461 . M4 N6 2014 Full Text.pdfBlocked 1.313Mb PDF View/Open

This item appears in the following Collection(s)

Show full item record

Search UMT-IR

Browse

My Account