UMT-IR Home
View Item
81,733 Item Views
  • 5,303 Collection Views Page Views
  • 4,801 Community Views
  • 2,031 User Logins
  • 370,530 Searches Performed
  • 3,993 All Items

Kompetensi Keusahawanan Dan Kelestarian Pengusaha Penginapan Pelancongan Di Semenanjung Malaysia: Sokongan Kerajaan Sebagai Penyederhana

Show full item record

Title: Kompetensi Keusahawanan Dan Kelestarian Pengusaha Penginapan Pelancongan Di Semenanjung Malaysia: Sokongan Kerajaan Sebagai Penyederhana
Author: Zaleha Binti Mohamad; Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim
Abstract: Pengusaha penginapan kecil pelancongan masih menghadapi beberapa masalah utama seperti yang dihadapi oleh pengusaha kecil dan sederhana (PKS) walaupun kerajaan telah menunjukkan kesungguhan, komitmen serta memperuntukkan pelbagai dana untuk pembangunan industri pelancongan. Antaranya ialah kelemahan kompetensi keusahawanan seperti ketidakcekapan pengurusan, kekurangan kemahiran dan kekurangan pengetahuan perniagaan, kegagalan dalam perusahaan dan kesukaran mendapatkan dana untuk memulakan dan mengembangkan perusahaan. Walau bagaimanapun, masalah yang paling utama adalah merupakan kompetensi keusahawanan pengusaha penginapan pelancongan secara keseluruhannya masih kurang diberi perhatian berbanding dengan isu-isu lain dalam bidang Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap perbezaan antara faktor demografi dan kelestarian pengusaha inap desa, chalet dan keseluruhan (inap desa dan chalet), mengenal pasti hubungan antara kompetensi keusahawanan dan kelestarian pelancongan.pengusaha inap desa, chalet dan keseluruhan (inap desa dan chalet), mengkaji kesan pengaruh moderator program sokongan kerajaan terhadap kelestarian antara pengusaha inap desa, chalet dan keseluruhan (inap desa dan chalet) dan memodifikasikan model peramal kompetensi keusahawanan di kalangan pengusaha inap desa dan chalet pelancongan di Semenanjung Malaysia. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik berkaitan persepsi pengusaha. Ujian t, ANOVA, korelasi dan analisis regresi hirarki digunakan untuk menjawab objektif kajian.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13545
Date: 2016


Files in this item

Files Size Format View
G 156.5 .S87 Z3 2016 Abstract.pdf 102.7Kb PDF View/Open
G 156.5 .S87 Z3 2016 Full Text.pdfBlocked 3.441Mb PDF View/Open

This item appears in the following Collection(s)

Show full item record

Search UMT-IR

Browse

My Account